Ke Pembentangan #Bajet2018
Ravidasan

Meningkatkan elaun kakitangan perkhidmatan awam

YAB Dato Seri, seperti semua sedia maklum bahawa kos sara hidup telah meningkat. Jadi untuk menyara kos tersebut sebagai penjawat awam saya sarankan elaun perkhidmatan dinaikkan.


richard samie

naik gaji, elaun kakitangan kerajaan

memandangkan kos sara hidup semakin meningkat,saya cadangkan agar : gaji dinaikkan sebanyak 4% mengikut kadar inflasi semasa. elaun perumahan ditambah sebanyak rm100.ini kerana sewa rumah dan harga rumah mahal. peningkatan elaun perumahan dapat meringankan beban penjawat awam bila pendapatan meningkat,secara tidak langsung kuasa beli pengguna akan turut meningkat. rakyat tetap akan berbelanja.ini akan merancakkan ekonomi negara. bila perbelanjaan meningkat,pendapatan negara turut meningkat


haslina

MOHON BONUS KAKITANGAN KERAJAAN 2 BULAN GAJI

SAYA BERSIMPATI DENGAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG TIDAK MENDAPAT BONUS SEJAK TAHUN 2013 LAGI...OLEH ITU DIHARAP DATUK SERI NAJIB DAPAT MEMBERI IMBUHAN BONUS KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN UNTUK MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN KENAIKAN HARGA BARANG YANG MENDADAK NAIK.


Khairi Mamdouh

Mansuhkan bayaran lesen memandu

Jadikan supaya lesen memandu hanya perlu bayar sekali seumur hidup. Tidak perlu utk renew setiap kali tamat tempoh.


MUHAMMAD ALIFF IMAN BIN KAMAL

ELAUN KHAS GURU PELATIH PSIMP & PPISMP

Cadangan agar elaun guru pelatih PSIMP dinaikkan semula selain elaun PSIMP ambilan Jun 2018 disambung semula. Rasionalnya, elaun tersebut digunakan bagi menyediakan alat bantuan mengajar kepada murid-murid. Selain itu, elaun itu juga digunakan bagi menampung kos sara hidup. Guru pelatih merupakan kakitangan praperkhidmatan awam dan IPG tidak boleh disama tarafkan dengan mahasiswa IPTA/IPTS. IPG mendidik guru pelatih. Guru pelatih merupakan masa hadapan negara. Terima kasih didahulukan.


Joshua P

Elaun guru

Assalamualaikum Datuk Seri Najib Tun Razak, mohon jasa baik Datuk Seri untuk memberi elaun khas kpd semua guru, anggaran yang dicadangkan rm350-rm500, bagi menghargai pengorbanan guru-guru yg berjumlah 350000 orang, iaitu 1/3 dari kakitangan awam.


MOHAMAD FAISAL

Rebat Cukai Pendapatan

Dato Sri, Saya ingin mencadangkan agar rebat cukai RM400 yang kini dinikmati bagi mereka yang mempunyai pendapatan bercukai kurang RM35,000 dipinda kepada RM50,000 selaras dengan kedudukan gaji semasa dan pelaksanaan gaji minimum. Selain itu saya cadangkan agar pelepasan cukai individu (diri sendiri) dinaikkan dari RM9,000 kepada RM12,000 .


Leong

Hospital Kanak-Kanak

YAB Dato' Seri, saya mencadangkan agar dibunagunkan satu.hospital khusus untuk kanak-kanak. Hospital ini bertujuan 1. Memenuhi keperluan kesihatan kanak-kanak yg berbeza dgn dewasa 2.Pendekatan kepada rawatan kesihatan termasuk aspek psikologi kanak-kanak secara khusus 3.Menjadi pusat surgeri khusus melibatkan kes kanak-kanak. Contoh negara yg ada fasiliti ini adalah The Royal Hospital for Sick Children Edinburgh TQ


ABU ZARRIN SELAMAT

PENETAPAN GRED PERKHIDMATAN PPPT (POLITENIK & KOLEJ KOMUNITI) BERASASKAN KELAYAKAN AKADEMIK

Dato' Sri. Dalam mendepani Evolusi Industri 4.0 dalam sektor Pendidikan Tinggi seperti di POLITEKNIK dan KOLEJ KOMUNITI, sudah tentu pelbagai usaha yang telah dan akan dilakukan di samping aktiviti RnD juga sedang rancak diusahakan oleh para pensyarah. Justeru itu, saya mencadangkan agar pegawai PPPT juga mendapat pengiktirafan seperti di Universiti Awam dalam konteks GRED PERKHIDMATAN mengikut kelayakan akademik masing-masing. Contohnya ialah DH51/52 (PhD) dan DH45/46 (Master).


Megat Zuhairy

Pengikhtirafan kepada Golongan Professional Teknikal

Memberi pengikhtirafan kpd. professional teknikal - jurutera, arkitek & juruukur bahan, mengambil kira sumbangan besar mereka kpd negara. Mengikut statistik, industri pembinaan menyumbang 15% KDNK & tanpa golongan teknikal ini tiadalah hospital, sekolah, universiti, pelabuhan, lapangan terbang & pejabat. Mencadangkan golongan Teknikal Profesional yg. membawa gelaran Ir. Ar. & Sr. diikhtiraf sewajarnya kerana mereka menanggung liabiliti seperti doktor yg bertanggungjawab ke atas nyawa pesakit.


NOR AZMAN MUSTAMAR

Program Dapur Rakyat

Assalamualaikum Tuan, Amat perlu untuk diwujudkan sistem sumber mudah dan murah makanan untuk rakyat.Khusus terhadap bekalan daging segar yang berterusan.Agar dapat diwujudkan disetiap 'mukim' setiap daerah diseluruh negara,sistem ternakan ruminan berkaedah fidlot.Gabungan kerjasama dan pemantauan pelbagai agensi dari pelbagai kementerian yg berkaitan.Selain sebagai menjamin sumber bekalan makanan rakyat berterusan,juga dapat mewujudkan peluang kerja bagi qariah setempat.


Mohd Johar Bin Mamat

Sync Data bersepadu untuk semua jabatan kerajaan

YAB, Setiap jabatan kerajaan menyimpan data sendiri dan ia tidak sync diantara jabatan-jabatan lain. Maklumat peribadi serta pertubuhan yang boleh dikongsi diantara jabatan boleh di sync ( kecuali data-data tertentu mengikut jabatan ). Diharap YAB dapat cetus minda idea perkembangan data bersepadu ini.


Sina Said

Kos Sara Hidup / Elaun pekerja kesihatan awam di lapangan

Saya mencadangkan kerajaan menaikkan elaun sara hidup / elaun utk petugas kesihatan awam (pembantu kesihatan awam) yg berhadapan masalah Denggi yg tinggi pada masa sekarang. Selalu Kita nampak petugas bertugas setiap hari tanpa ada masa bersama keluarga, bermain dengan racun fogging setiap hari dengan merisiko kesihatan diri. Setiap hari petugas denggi terima cacian dan makian dari masyarakat kerana mengeluarkan kompaun Dan menjalankan kerja fogging. Adalah wajar PM mempertimbangkan cadangan ini


AZMAN HASSAN

Menurunkan kadar OPR Bank Negara

Saya memohon pihak kerajaan menurunkan kadar OPR Bank Negara bg tahun 2018 dan tahun-tahun akan datang dalam Bajet 2018. Dengan penurunan ini, kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan akan turun dan lebihan daripada bayaran itu dapat menggalakkan rakyat menyimpan atau bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat seterusnya menggalakkan perbelanjaan dalam negara. Saya harap cadangan saya ini dapat di terima oleh pihak kerajaan. Terima kasih.


MOHD SHAHRUL NIZAM BIN MOHAMED SHAMSUDDIN

SEMAK ELAUN RUMAH DAN ELAUN KERAIAN

As Salam dan Salam 1 Malaysia Dato' Seri, sebelum ini Dato' Seri telah memberi kenaikan elaun rumah sebanyak RM300 kepada gred 11 hingga ke gred 41, namun untuk gred 44 ke atas tiada kenaikan diberikan. Mohon Dato' Seri adil dalam memberi kenaikan juga kepada gred 44 ke atas. Mohon juga Dato' Seri melihat kadar elaun keraian yang telah sekian lama tidak disemak. Semoga dengan semakan elaun-elaun ini dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat dalam membantu merancakkan ekonomi negara.


Ezri Jakaria

Kemudahan kompleks sukan

Menambahbaikkan prasarana/kemudahan sukan sedia ada di setiap daerah/bahagian/jajahan dengan membina 1 kompleks sukan mini bagi setiap daeraha yang ada di Malaysia bg memastikan belia-belia/para atlit dapat meningkatkan kualiti dan berdaya saing di peringkat tinggi mahupun rendah..


Shamsul Razman Isa

Peluang pendidikan dan kenaikan gred penjawat awam

Penjawat awam yang berjaya memperolehi kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan semasa dalam perkhidmatan diberi pertimbangan kenaikan tanggagaji lebih baik berbanding mereka yang tidak meningkatkan pengetahuan dan kelayakan akademik mereka. Pertimbangan lebih terutama bagi yang menggunakan dana atau pembiayaan atau pinjaman sendiri.


Ari Zan

Sekolah Agama & Farduain

Sekolah rendah agama amat terhad di kuala lumpur. pemohonan untuk masuk agak terhad, anak-anak perlu diberi didikan agama yg sewajarnya seawal usia lagi. mohon hujud kan kelas KAFA di sekolah kebangsaan yang layak bagi m'ngatasi masalah di atas. kerja sama antara jabatan pelajaran dgn Majlis agama islam negeri amat di tagih


Prof. Dato Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin

ISTIHAR HARI PENSYARAH IPT

YBhg Dato Seri, Dicadangkan Kerajaan mengistiharkan Hari Pensyarah untuk semua Pensyarah di IPT seluruh negara baik Universiti Awam atau Universiti Swasta sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang pendidikan tinggi di negara ini.


Looi Kwok Wah

Allocate funds for Primary care enhancement both in the private and public sector

Primary care is the gateway to healthcare services and can effectively reduce the total national healthcare expenditures. Consistently allocation for primary care has been less than 5 % of total annual healthcare allocation Suggest increase allocation to primary care. ( public and private) to be at least 12% of total annual healthcare allocation