Ke Pembentangan #Bajet2018
NOR AZMAN MUSTAMAR

Program Dapur Rakyat

Assalamualaikum Tuan, Amat perlu untuk diwujudkan sistem sumber mudah dan murah makanan untuk rakyat.Khusus terhadap bekalan daging segar yang berterusan.Agar dapat diwujudkan disetiap 'mukim' setiap daerah diseluruh negara,sistem ternakan ruminan berkaedah fidlot.Gabungan kerjasama dan pemantauan pelbagai agensi dari pelbagai kementerian yg berkaitan.Selain sebagai menjamin sumber bekalan makanan rakyat berterusan,juga dapat mewujudkan peluang kerja bagi qariah setempat.


Mohd Johar Bin Mamat

Sync Data bersepadu untuk semua jabatan kerajaan

YAB, Setiap jabatan kerajaan menyimpan data sendiri dan ia tidak sync diantara jabatan-jabatan lain. Maklumat peribadi serta pertubuhan yang boleh dikongsi diantara jabatan boleh di sync ( kecuali data-data tertentu mengikut jabatan ). Diharap YAB dapat cetus minda idea perkembangan data bersepadu ini.


Sina Said

Kos Sara Hidup / Elaun pekerja kesihatan awam di lapangan

Saya mencadangkan kerajaan menaikkan elaun sara hidup / elaun utk petugas kesihatan awam (pembantu kesihatan awam) yg berhadapan masalah Denggi yg tinggi pada masa sekarang. Selalu Kita nampak petugas bertugas setiap hari tanpa ada masa bersama keluarga, bermain dengan racun fogging setiap hari dengan merisiko kesihatan diri. Setiap hari petugas denggi terima cacian dan makian dari masyarakat kerana mengeluarkan kompaun Dan menjalankan kerja fogging. Adalah wajar PM mempertimbangkan cadangan ini


AZMAN HASSAN

Menurunkan kadar OPR Bank Negara

Saya memohon pihak kerajaan menurunkan kadar OPR Bank Negara bg tahun 2018 dan tahun-tahun akan datang dalam Bajet 2018. Dengan penurunan ini, kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan akan turun dan lebihan daripada bayaran itu dapat menggalakkan rakyat menyimpan atau bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat seterusnya menggalakkan perbelanjaan dalam negara. Saya harap cadangan saya ini dapat di terima oleh pihak kerajaan. Terima kasih.


MOHD SHAHRUL NIZAM BIN MOHAMED SHAMSUDDIN

SEMAK ELAUN RUMAH DAN ELAUN KERAIAN

As Salam dan Salam 1 Malaysia Dato' Seri, sebelum ini Dato' Seri telah memberi kenaikan elaun rumah sebanyak RM300 kepada gred 11 hingga ke gred 41, namun untuk gred 44 ke atas tiada kenaikan diberikan. Mohon Dato' Seri adil dalam memberi kenaikan juga kepada gred 44 ke atas. Mohon juga Dato' Seri melihat kadar elaun keraian yang telah sekian lama tidak disemak. Semoga dengan semakan elaun-elaun ini dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat dalam membantu merancakkan ekonomi negara.


Ezri Jakaria

Kemudahan kompleks sukan

Menambahbaikkan prasarana/kemudahan sukan sedia ada di setiap daerah/bahagian/jajahan dengan membina 1 kompleks sukan mini bagi setiap daeraha yang ada di Malaysia bg memastikan belia-belia/para atlit dapat meningkatkan kualiti dan berdaya saing di peringkat tinggi mahupun rendah..


Shamsul Razman Isa

Peluang pendidikan dan kenaikan gred penjawat awam

Penjawat awam yang berjaya memperolehi kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan semasa dalam perkhidmatan diberi pertimbangan kenaikan tanggagaji lebih baik berbanding mereka yang tidak meningkatkan pengetahuan dan kelayakan akademik mereka. Pertimbangan lebih terutama bagi yang menggunakan dana atau pembiayaan atau pinjaman sendiri.


Ari Zan

Sekolah Agama & Farduain

Sekolah rendah agama amat terhad di kuala lumpur. pemohonan untuk masuk agak terhad, anak-anak perlu diberi didikan agama yg sewajarnya seawal usia lagi. mohon hujud kan kelas KAFA di sekolah kebangsaan yang layak bagi m'ngatasi masalah di atas. kerja sama antara jabatan pelajaran dgn Majlis agama islam negeri amat di tagih


Prof. Dato Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin

ISTIHAR HARI PENSYARAH IPT

YBhg Dato Seri, Dicadangkan Kerajaan mengistiharkan Hari Pensyarah untuk semua Pensyarah di IPT seluruh negara baik Universiti Awam atau Universiti Swasta sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang pendidikan tinggi di negara ini.


Looi Kwok Wah

Allocate funds for Primary care enhancement both in the private and public sector

Primary care is the gateway to healthcare services and can effectively reduce the total national healthcare expenditures. Consistently allocation for primary care has been less than 5 % of total annual healthcare allocation Suggest increase allocation to primary care. ( public and private) to be at least 12% of total annual healthcare allocation


Sukri Shahrum

Muzium kita kian layu.

Assalamualaikum YAB tuan perdana menteri, saya merayu untuk pihak kerajaan dibawah kementerian pelancongan dan kebudayaan untuk melihat muzium kita yang kian layu atas kerana kekurangan bajet dan kaki tangan, saya sendiri lepasan graduan pengajian muzium, seni dan budaya tidak dapat peluang untuk berbakti kepada muzium di Malaysia atas kekurangan ini saya harap YAB tuan perdana menteri dapat mengkaji dan memberi fokus sedikit lebih kepada muzium kita, kerana seni budaya itu juga pendidikan.


azhar bin ahmad

Centre for Text Free

1. Mewujudkan di setiap negeri Pusat Membeli Belah Bebas Cukai. Boleh diletakkan dalam UTC berkaitan. 2. Supermarket ! Malaysia perlu diupgrade dengan mempelbagaikan barangan termasuk barang basah di samping menjadi pusat bantuan susu untuk kanak2 miskin (bantuan susu tepong)


Suriati Reduan

Dana utk tanggung kos perubatan

Tubuhkan satu akaun Dana untuk golongan yg kurang berkempuan utk membayar kos perubatan. Potong gaji perkhidmatan awam sebyk RM1 - RM2 sebulan. Kerajaan buat Aturan Dana tersebut. Kos merawat penyakit kritikal tinggu. Golongan yg tak berkempuan tak dpt tanggung kos tersebut. Harap cdgan saya dterima


Mohamad Arif Bin Mohamed Aslam

Pekerjaan

Jangan nak paksa syarikat bagi SL1M je...bagi peluang pekerjaan yg sebenar kepada rakyat.. TQ


kamal yazid abdullah

Bantuan Subsidi Minyak/Kad Minyak bg warganegara

Diberikan Subsidi Minyak atau Kad minyak bg warganegara, supaya warganegara merasai keistimewaan sebagai warganegara, disamoing dapat mengurangkan kos sara hidup.


GOH CHEE PIN

GAJI BULAN KE 13

YAB...SAYA INGIN MENCADANGKAN AGAR GAJI BULAN KE 13 DIBAYAR KEPADA PENJAWAT AWAM.


nur hananis binti johanor

memberi lebih bantu kepada golongan yang memerlukan

seperti yang kita sedia maklum, kos sara hidup semakin meningkat dari masa ke semasa. oleh yang demikian, saya cadangkan supaya bantuan rakyat 1 Malaysia dinaikkan dan baucar buku 1 malaysia dinaikkan supaya ia dapat membantu rakyat.


Mohamad Arif Bin Mohamed Aslam

GST

Tolong kurangkan kadar gst yg membebankan rakyat...dan jangan bazirkan duit rakyat...


Roxhana Omar

Mohon kerajaan sediakan tempat asuhan anak yang berpatutan diseluruh negara dibandar dan luar bandar

Saya sangat mengharapkan kerajaan menyediakan khidmat pusat jagaan anak anak yang mampu dan may be percuma kepada golongan yang kurang berada terutamanya ibu ibu tunggal dan yang berada didalam golongan miskin ,dua dua tempat di bandar dan luar bandar sangat diperlukan. Ini dapat.memberi peluang kepada ibu bapa bekerja dan menjana pendapatan untuk sara hidup lebih baik.


MUHAMMAD AMIR YUSRI BIN ABDRUL MUNI

PPA1M Di Bandar

Assalamualaikum YAB Dato' Sri, saya dengan rendah hati memohon pertimbangan YAB Dato' Sri untuk mengadakan PPA1M berkeluasan kurang 1,000 kps. Ini kerana, PPA1M berkeluasan 1,000 kps ke atas terlalu mahal bagi penjawat awam kumpulan sokongan yang rata-ratanya telah sedia mempunyai komitmen bulanan berupa ansuran kereta dan belanja anak-anak. Contohnya, tiada pembinaan PPA1M kurang 1,000 kps di Putrajaya menyebabkan kami tidak dapat memiliki PPA1M kerana pinjaman tidak diluluskan. Terima kasih.


Mohd Hafiz Bin Abdul Halim

Peruntukan naiktaraf kelajuan internet di seluruh Politeknik Malaysia

Rasional TVET merupakan pusat melahirkan modal insan generasi muda melalui ekonomi digital. Masalah Kelajuan Internet membantutkan proses pengajara dan pembelajaran. Cadangan Menaiktaraf kesemua kelajuan internet kesemua pusat TVET terutama Politeknik Malaysia.